Datuk Wira Haji SM Faisal (kanan) melancarkan Ferrari GTC4Lusso T di Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Lizam Ridzuan
Datuk Wira Haji SM Faisal (kanan) melancarkan Ferrari GTC4Lusso T di Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan


Kuala Lumpur: Naza Italia Sdn Bhd pengimport dan pengedar kenderaan Ferrari di Malaysia melancarkan model terbaharu Ferrari GT4Lusso T yang juga model empat tempat duduk pertama dengan konsep GT jenama itu untuk pasaran tempatan

Dikuasakan dengan enjin 3.9 liter V8 turbo ia mampu menghasilkan kuasa 610 cv pada 7,500 rpm dan tork sehingga 760Nm pada 3,000 dan 5,250 rpm.

Sesuai untuk kegunaan harian model yang turut diperkenalkan di Pameran Motor Paris 2016 ini merupakan pacuan roda belakang dengan ciri dalaman yang selesa dan mewah seperti papan pemuka berkembar serta skrin definasi tinggi 10.25 inci.

Ciri keselamatan seperti sistem kawalan dinamik untuk lebih responsif seperti pada roda belakang 4WS yang disekalikan dengan kawalan gelinciran sisi(SSC3) untuk lebih stabil terutama ketika laluan selekoh.

Harga jualan asas untuk GTC4Lusso T kira-kira RM1.1 juta dan bakal berada di pasaran pada suku tahun pertama 2017 di Malaysia dengan waranti pengeluar selama tiga tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 September 2016 @ 5:54 PM