Lizam Ridzuan


MENGETENGAHKAN ciri klasik kontemporari, Ferrari Roma yang diinspirasikan daripada model 250 GT Berlinetta lusso dan 250 GT 2+2 dan popular sekitar 50-an hingga 60-an diperkenalkan ke pasaran tempatan.

Hasil gaya konsep Nuova Dolce Vita (the new sweet life), ia tampil melalui rekaan luaran gaya 'fastback coupe' dan garis anggun daripada but belakang sehingga ke bonet hadapan, terutama pada bahagian lampu LED selari serta gril konsep baharu.

CIRI elegan klasik.
CIRI elegan klasik.

Pada bahagian belakang, spoiler aktif kawalan elektronik yang tergabung dengan cermin dan lampu menambah elemen moden serta 'diffuser'.

Ekzos empat berkembar pula tampil sepadan dengan rim aloi 20 inci.

REKAAN dwikokpit
REKAAN dwikokpit

Ruang dalaman Roma dengan dua tempat duduk hadapan yang terpisah adalah evolusi dwikokpit diketengahkan serta didatangkan dengan kemasan bermutu tinggi seperti kulit Alcantara.

Kluster paparan meternya bersaiz 16 inci, bagi infotainmen pula, ia bersaiz 8.4 inci malah kedua-duanya berdefinisi tinggi.

Ferrari Roma dijana dengan enjin 3.9 liter V8 Turbo yang dinobatkan sebagai enjin terbaik empat tahun berturut-turut.

Ia mampu menghembur kuasa kuda 620 PS pada 7,500 rpm dan tork 760Nm pada 3,000 hingga 5,750 rpm.

ENJIN 3.9 liter V8 Turbo
ENJIN 3.9 liter V8 Turbo

Melalui transmisi dwiklac lapan kelajuan kompak yang memberikan enam kilogram (kg) lebih ringan, ia turut menawarkan penggunaan bahan api lebih efisien serta kelajuan maksimum melebihi 320 kilometer/sejam (km/j).

Ia dilengkapi ciri keselamatan seperti Kawalan Pelayaran Adaptif, Brek Kecemasan Autonomi, Amaran Pelepasan Lorong, Pengenalan Tanda Trafik, Amaran Trafik Melintas Belakang dengan Pengesan Titik Buta serta Kamera Paparan Sekeliling.

Untuk pasaran Malaysia, Ferrari Roma yang diedar Naza Italia dijual pada harga asas bermula RM968,000 dengan jaminan tujuh tahun.

TAMPIL dengan ekzos dan ‘diffuser’.
TAMPIL dengan ekzos dan ‘diffuser’.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 6:59 AM