IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Mohd Hasbi Sidek


Kuala Lumpur: Lelaki maut selepas lori simen yang dipandunya merempuh belakang lori lain di Jalan Bukit Bintang, di sini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Asri Hamid, 32, tersepit di tempat duduk pemandu dalam kejadian 5.30 petang.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani, berkata kejadian ketika kedua-dua lori dalam perjalanan ke arah Pavilion.

"Bomba menerima panggilan kecemasan, pada 5.52 petang. Anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan Pudu bergegas ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, kami mendapati pemandu lori simen tersepit sebelum operasi mengeluarkan mangsa dijalankan. Mangsa disahkan maut dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 September 2016 @ 8:25 PM