Lelaki yang sesak nafas selepas terperangkap dalam kebakaran di hotel di Jalan Raja Laut, Kampung Baru diberi rawatan awal sebelum dibawa ke HKL. FOTO ihsan bomba
Lelaki yang sesak nafas selepas terperangkap dalam kebakaran di hotel di Jalan Raja Laut, Kampung Baru diberi rawatan awal sebelum dibawa ke HKL. FOTO ihsan bomba
Mohd Hasbi Sidek


Kuala Lumpur: Seorang lelaki sesak nafas selepas terperangkap dalam kebakaran di hotel di Jalan Raja Laut, Kampung Baru, di sini, malam tadi.

Kebakaran kira-kira 11.30 malam itu menyebabkan dua lelaki dan seorang wanita terperangkap.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.28 malam sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, Hang Tuah dan Sentul ke lokasi.

"Terdapat tiga mangsa terperangkap di dalam hotel sebelum berjaya dikeluarkan. Salah seorang daripada mereka sesak nafas dan dibawa Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

"Kedai runcit dan kedai telefon bimbit di tingkat bawah hotel turut hangus dalam kejadian ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 January 2017 @ 1:58 AM