DUA beranak maut ketika menonton EIMARACE 2016 di Kuantan, semalam.
DUA beranak maut ketika menonton EIMARACE 2016 di Kuantan, semalam.
Shahrul Nizam Mohamad


Kuantan: Polis akan memohon kepada Jabatan Kimia bagi mempercepatkan proses ujian toksikologi terhadap tiga pemandu kenderaan kart yang terbabit dalam kemalangan menyebabkan dua beranak maut di Jalan SUKPA, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, sampel darah dan air kencing tiga pemandu Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan 2016 (EIMARACE 2016) yang diambil semalam sudah dihantar ke Jabatan Kimia hari ini.

"Tempoh menunggu untuk mendapatkan keputusan analisis dadah serta alkohol mengambil masa selama kira-kira dua minggu namun kita akan cuba meminta dipercepatkan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketiga-tiga pemandu terbabit dibenarkan pulang selepas polis mengambil keterangan mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, untuk membantu siasatan.

Menurutnya, polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 30 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 September 2016 @ 9:34 PM