Mangsa diberi rawatan awal di tempat kejadian oleh anggota bomba sebelum dibawa turun ke kaki gunung. - Foto Ihsan Bomba
Mangsa diberi rawatan awal di tempat kejadian oleh anggota bomba sebelum dibawa turun ke kaki gunung. - Foto Ihsan Bomba
Farah Suhaidah Othman


Kampar : Seorang wanita cedera akibat terjatuh dari ketinggian tujuh meter ketika menuruni gua di Gunung Tempurung di Sungai Siput Selatan di sini, hari ini.

Dalam kejadian 11.58 pagi itu, mangsa yang berusia 20-an, cedera di kaki, muka dan tangan selepas tali yang digunakan mangsa untuk menuruni gunung berkenaan, tiba-tiba terputus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Meor Mohd Ali bin Meor Hussien berkata, anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati seorang daripada peserta kumpulan yang melakukan pendakian dalam gua berkenaan terjatuh dari ketinggian tujuh meter.

“Laluan yang digunakan pendaki terbabit licin dan tali yang digunakan mangsa putus menyebabkan wanita itu terjatuh.

“Anggota bomba memasang penyokong leher pada mangsa sebelum membawanya turun ke kaki gunung dan diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjutnya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 September 2016 @ 6:11 PM