ANGGOTA bomga memadamkan kebakaran kereta. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomga memadamkan kebakaran kereta. FOTO ihsan Bomba
Asmah Rusman


Kuala Lumpur: Enam kereta yang diletak di Flat Taman Aman Putra, Blok B, Jinjang Utara terbakar dipercayai perbuatan khianat, 4 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, kebakaran dipercayai berpunca daripada Perodua Myvi sebelum merebak kepada kenderaan lain yang diletak bersebelahan.

"Dua kereta terbakar 100 peratus, manakala empat lagi masing-masing terbakar 10 dan 20 peratus.

"Siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang botol atau bekas kebakaran, namun sisa kebakaran diambil untuk dihantar ke jabatan kimia," katanya.

Menurutnya, tiada kawalan sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan pengawal keselamatan di lokasi berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 September 2016 @ 12:33 PM