Aktor Dino Morea pernah bercinta dengan Bipasha Basu dan Lara Dutta namun hubungan itu terputus di tengah jalan.

Dino kemudian menjalin hubungan dengan Nandita Mahtani, pereka fesyen terkenal tetapi tidak bertahan lama apabila membawa haluan masing-masing baru-baru ini.

Sebelum ini dia dan Nandita diibaratkan merpati dua sejoli dan selalu menghadiri acara hiburan bersama-sama. Khabarnya, beberapa minggu Nandita menolak lamaran Dino. Nandita kini bercuti seorang diri untuk mencari ketenangan.

Nandita pernah berkahwin dengan bekas suami Karisma Kapoor, Sanjay Kapur. Selepas berpisah, Sanjay berkahwin dengan Karisma.

Menurut sumber rapat Dino dan Nandita, ramai kenalan rapat berharap pasangan kekasih itu berkahwin.

“Ramai hampa apabila pasangan ini berpisah. Tak tahu apa puncanya kerana sebelum ini mereka baik-baik sahaja.

“Nandita nampak sangat sedih dengan perpisahan ini,” katanya sumber itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 September 2016 @ 6:42 AM