MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO ihsan Polis
MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO ihsan Polis
Norizuan Shamsuddin


Petaling Jaya: Penunggang motosikal maut manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki mereka bergesel sesama sendiri di Kilometer 16.6 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di Subang menghala ke Damansara di sini, 3 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komsioner Mohd Zani Che Din berkata, kemalangan membabitkan dua penunggang motosikal.

Katanya, siasatan awal mendapati dua motosikal berknaan datang dari arah sama di lebuh raya terbabit.

"Apabila tiba di lokasi mereka bergesel sesama sendiri dan terbabas melanggar besi penghadang jalan.

"Mangsa masing-masing penunggang lelaki berusia 21 tahun. Seorang daripada mereka disahkan maut dilokasi, manakala rakannya parah dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat di hantar di Hospital Sungai Buloh dan pengecaman sudah dilakukan anggota keluarga mangsa.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 September 2016 @ 1:53 PM