DADAH disorok dalam ruangan khas bagasi. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
DADAH disorok dalam ruangan khas bagasi. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Oleh Hayati Ibrahim


Sepang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (JDKM KLIA) mematahkan dua cubaan menyeludup dadah di pintu masuk negara membabitkan jumlah rampasan sebanyak 6.84 kilogram (kg) bernilai RM1.3 juta.

Pengarah Kastam KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, dua suspek warga asing turut ditahan dalam kejadian pada 7 dan 14 Disember lalu.

"Suspek pertama adalah seorang wanita warganegara Australia berumur lingkungan 51 tahun, dan ditahan reman selama 14 hari, manakala suspek kedua seorang lelaki warga India berumur 27 tahun direman tujuh hari.

"Kedua-dua kes menggunakan modus operandi (MO) sama iaitu menyorokkan dadah dalam ruangan khas bagasi dan MO ini sering digunakan untuk penyeludupan dadah di negara ini,"katanya pasa sidang media di sini, hari ini.

Chik Omar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 12:44 PM