Chik Omar (kanan) menunjukkan bungkusan yang mengandungi dua tin  yang berisi syabu di Kompleks Kastam KLIA.
Chik Omar (kanan) menunjukkan bungkusan yang mengandungi dua tin yang berisi syabu di Kompleks Kastam KLIA.
Oleh Hayati Ibrahim

Sepang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (JDKM KLIA) menggagalkan cubaan menyeludup dadah seberat 3.7 kilogram (kg) bernilai RM704,140 dalam dua kes berasingan pada 21 dan 22 Oktober lalu.

Pengarah Kastam KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, dalam kejadian 21 Oktober lalu, kastam memeriksa satu parcel mencurigakan yang baru tiba di gudang Pos Malaysia dari Lagos, Nigeria,

“Pemeriksaan itu membawa kepada penemuan tiga tin makanan yang didalamnya mengandungi serbuk putih yang diuji positif dadah methamphetamine dengan berat kasar 1.02 kg bernilai RM194,940.

“Kami sedang mengesan pemilik parcel itu, tetapi gagal kerana alamat dan nombor telefon yang digunakan adalah palsu,”katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Chik Omar berkata, pihaknya juga sedang menyiasat sekiranya ada pembabitan orang dalam memandangkan modus operandi yang digunakan ini berbeza berbanding sebelum ini.

“Alamat yang tertera pada parcel iaitu di Puchong, Selangor tidak terdapat dalam rekod manakala nombor telefon yang disertakan juga tidak ada dalam perkhidmatan, sebab itu kami syak mungkin ada pembabitan orang dalam.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak kami akan menghubungi pihak bertanggungjawab di Lagos untuk mengesan siapa penghantar parcel berkenaan dan ini pertama kali kami berdepan kes yang menggunakan modus operandi begini,”katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya dadah yang cuba diseludup itu untuk pasaran tempatan dan luar negara.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Oktober 2014 @ 5:11 AM