Khabar angin tidka beri impak kepada Nazrief.
Khabar angin tidka beri impak kepada Nazrief.
Michelle Gun


Petaling Jaya: Gosip mengatakan pelakon drama bersiri Lara Terindah, Nazrief Nazri bercinta dengan pelakon Emma Maembong langsung tidak menjejaskan karier lakonannya.

Nazrief, 25, berkata, sepanjang dia menjalani penggambaran drama Nasi Minyak Kuah Cinta bersama Emma, dia jarang bertemu dengannya.

"Tidak banyak babak yang memerlukan kami bersama dan sebab itu kami jarang berjumpa di lokasi penggambaran, katanya.

Nazrief berkata, apabila bergelar artis memang tidak dapat mengelak daripada gosip.

"Bukan salah saya khabar angin itu timbul, malah ia juga tidak memberi impak negatif terhadap saya. Emma juga memahami kerana memang kebetulan kami hadir ke majlis rumah terbuka memakai baju sedondon," katanya.

Sebelum ini, Nazrief dikatakan bercinta dengan Emma gara-gara memakai pakaian sedondon ketika hadir majlis rumah terbuka, baru-baru ini.

Dalam masa sama, hubungan Emma dan pelakon Kamal Adli dikhabarkan mengalami masalah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 September 2016 @ 9:26 PM