AHMAD Alfisyahrin.
AHMAD Alfisyahrin.
LAUK-PAUK masakan Sunda menepati selera tempatan.
LAUK-PAUK masakan Sunda menepati selera tempatan.
LAUK-PAUK masakan Sunda menepati selera tempatan.
LAUK-PAUK masakan Sunda menepati selera tempatan.
LAUK-PAUK masakan Sunda menepati selera tempatan.
LAUK-PAUK masakan Sunda menepati selera tempatan.
SYUHADA dan Syah Hairizal bersama hidangan pakej.
SYUHADA dan Syah Hairizal bersama hidangan pakej.
Zaitie Satibi

Semua daerah di Indonesia memiliki beraneka sambal pedas yang mantap dan ini sering membuatkan penggemarnya ketagih. Masakan Sunda adalah daripada masyarakat Sunda di Jawa Barat, Indonesia yang sinonim dimakan dengan sambal.

Bagi penggemar sambal tempatan, mereka boleh mencuba masakan Sunda dengan 12 pilihan sambal yang mempunyai tahap kepedasan berbeza di Rumah Makan Cibiuk Shah Alam yang menawarkan lebih 100 menu makanan, minuman dan desert.

Sambal paling pedas adalah sambal ciriuk, sambal lain yang boleh tahan juga pedasnya adalah sambal asli Cibiuk hijau, sambal Cibiuk merah, sambal karedok, sambal pencok kacang panjang, sambal lotek, sambal khas Cibiuk, sambal terasi, sambal kicap, sambal mangga, sambal tempe dan sambal tomato.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Burj Ventures Plt, Ahmad Alfisyahrin Jamilin, selain hidangan ala carte pihaknya menawarkan pakej makanan untuk keluarga atau berkumpulan mengandungi nasi putih atau nasi liwet, sajian ayam kampung dan makanan laut, sup ekor, sayuran dan minuman.

“Pelanggan boleh memilih Set Garut (RM98.90), Set Bandung (RM109.90) dan Set Jakarta (RM139.90) untuk hidangan makan beramai-ramai. Malah, kami menawarkan pakej menjamu selera untuk seorang seperti Nasi Timbel Komplit Ayam Kampung Goreng dan Nasi Bakar Pulen Komplit Ayam Kampung Bakar.

“Namun, pelanggan digalakkan mencuba nasi liwet khas Sunda yang seakan-akan nasi lemak tetapi lebih aroma kerana dimasak dengan daun salam, santan, serai, bawang merah dan bawang putih,” katanya.

Katanya, pelanggan juga boleh mencuba dessert Ais Durian Ala Cibiuk, Pavlova, Es Goyobod, Es Kayangan, Puding Karamel dan Kelapa Sunda. Tidak lengkap sajian tanpa mencuba Pisang Keju iaitu pisang yang digulung dengan roti bersama keju sebelum digoreng dan ditabur hirisan keju, sos coklat dan sos manis.

Sajian pedas bangkit selera

Bagi pasangan wartawan penyiaran, Syah Hairizal Kamalul Arifin dan Syuhada Hashim, kepelbagaian lebih 100 pilihan pada menu yang disediakan Rumah Makan Cibiuk tidak menghampakan, malah harga juga sangat berpatutan dengan set yang dihidangkan merangkumi pelbagai masakan seperti ikan, sotong dan ayam.

Menurut Syah Hairizal, penyampai berita Astro Awani, disebabkan selera orang tempatan yang tidak jauh beza dengan orang seberang, maka sajian pedas dari Indonesia itu kena dengan tekak.

“Paling istimewa ialah pelbagai jenis sambal disediakan daripada yang kurang pedas hinggalah paling pedas. Walaupun sambalnya memang pedas dan menggigit di lidah, kepedasan begini yang sering membuatkan kita bertambah selera untuk makan,” katanya.

Syuhada pula berkata, beliau menggemari sup ekor kerana rasanya unik dan pekat dengan kelainan yang ditonjolkan dalam sup iaitu keropok belinjau yang mencetuskan rasa unik sup itu selain daging sup ekor yang lembut.

“Saya sukakan sambal yang dibuat seperti sambal ayam penyet dengan rasanya cukup masam, masin dan manis. Walaupun pedas, kepedasan itulah yang membuka selera saya dan suami untuk makan hingga bertambah nasi. Nasi liwet juga sedap dan wangi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Ogos 2016 @ 5:02 AM