Predator G1. FOTO Afiq Hanif
Predator G1. FOTO Afiq Hanif
Predator 17 X. FOTO Afiq Hanif
Predator 17 X. FOTO Afiq Hanif
KETIKA majlis perlancaran Predator G1 dan notebook, Predator 17 X. FOTO Afiq Hanif
KETIKA majlis perlancaran Predator G1 dan notebook, Predator 17 X. FOTO Afiq Hanif
Afiq Hanif


Kajang: Acer menampilkan dua produk utama dalam permainan video iaitu desktop, Predator G1 dan notebook, Predator 17 X.

Kedua-duanya disediakan dengan kuasa grafik NVIDIA GeForce VR-Ready bagi dipasangkan bersama peranti VR seperti Oculus, HTC Vive, OSVR dan StarVR.

Predator G1 menggunakan GTX 1080 Ti dan ditawarkan sekali bersama beg roda bagi memudahkannya dibawa ke mana saja meskipun ia CPU.

Berbanding keluaran produk desktop Predator sebelum ini iaitu Predator G6 dan G3, G1 menampilkan kelainan dari segi paparan hiasan lampu pada desktop yang boleh ditukar mengikut cita rasa pengguna sekali gus menawarkan nilai eksklusif kepada penggunanya.

Predator 17 X datang dengan hanya seberat 4.55 kilogram memudahkan pengguna untuk membawanya ke mana-mana lokasi dengan mudah tetapi prestasi yang ditawarkan hampir sama dengan desktop.

Dengan skrin 17.3 inci, ia beroperasi menggunakan sistem operasi Windows 10 turut mempunyai memori sehingga 32 GB dan pemprosesan Intel Core i7-6820HK.

Memahami kepada situasi penggunaan notebook yang mudah panas apabila pengguna menggunakan peranti itu , ia turut dilengkapi tiga kipas penyejuk di bawahnya.

Acer Predator G1 dijual pada harga RM10,999 manakala Predator 17 X berharga RM12,999.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Ogos 2016 @ 12:28 PM