Afiq Hanif

Acer Predator Helios 300 Edisi Khas, mesin permainan video yang menarik ini didatangkan bersama ‘badan’ cantik dan perkakasan berkeupayaan tinggi.

Dilengkapi pemprosesan Intel Core i7 sehingga generasi kelapan dengan grafik overclockable NVIDIA GeForce GTX 1060, 6 GB GDDR5 VRAM, SSD 256 GB PCle dan pemacu cakera keras 1TB, Predator Helios 300 Edisi Khas menjanjikan prestasi hiburan serta bermain permainan video yang luar biasa.

Predator Helios 300 Edisi Khas adalah VR-Ready dengan kadar segar semula 144Hz yang dinaik taraf membolehkan permainan video yang lancar pada skrin paparan FHD IPS bersaiz 15.6 inci.

Ditawarkan pada harga RM6,199, Predator Helios 300 Edisi Khas boleh didapati mulai pertengahan Ogos ini.

Acer Swift 7 baru kini direka untuk tujuan mobiliti, sesuai untuk golongan profesional moden yang beroperasi pada pemprosesan Intel Core generasi ketujuh dan memori LPDDR3 8 GB.

Model ini boleh memastikan pelbagai tugas dapat dilakukan dengan lancar dan responsive selain menawarkan kapasiti storan yang luas untuk menyimpan fail dan foto pada 256 GB PCle SSD.

Dengan jangka hayat bateri selama 10 jam, Acer Swift 7 membolehkan anda bekerja dan produktif dalam masa lebih lama tidak kira di mana anda berada.

Acer Swift 7 ditawarkan pada harga RM6,399 dan sudah boleh dibeli sekarang.

ACER PREDATOR HELIO 300 EDISI KHAS

• HARGA: RM6,199

• OS: Windows 10 Home 64bit

• PAPARAN: 15.6 inci IPD HD penuh

• GRAFIK: NVIDIA GeForce GTX1060 6GB GDDR5 VRAM

• STORAN: 256GB PCIe SSD + 1TB SATA HDD

• MEMORI: 8GB DDR4 RAM

• BERAT: 2.7kg

ACER SWIFT 7

• HARGA: RM6,399

• OS: Windows 10 Home 64bit

• PAPARAN: 14 inci IPD HD penuh

• PEMPROSESAN: Intel Core i7-7Y75 Gen-7

• STORAN: 256GB PCIe SSD

• MEMORI: 8GB LPDDR3

• BERAT: 1.2kg

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Ogos 2018 @ 1:53 PM