BUTANG mudah capai.
BUTANG mudah capai.
Oleh Afiq Hanif

Kali ini penguji berpeluang mencuba laptop game, Acer Predator 15 yang memanglah ‘awesome’.

Meskipun saiznya besar, ia lebih nipis dan ringan berbanding model sebelum ini dan rekaan modennya nampak cantik.

Predator 15 penuh dengan ciri tradisional masih mempunyai ruang cakera keras dan RAM yang banyak.

Ditambah pula pemprosesan Intel Skylake baru digabungkan dengan grafik NVIDIA mengagumkan manakala sistem penyejukan pula lebih kemas dan menjadikan peranti ini yang beroperasi lancar meskipun tempoh permainan lama.

Bezel skrin tebal secara keseluruhan dengan ruang pada bahagian bawah skrin berukuran 1.25 inci masih menjadikannya mudah ditonton.

Meskipun tidak kompak, ia juga datang dengan unit penyejukan CoolerMaster FrostCore modular dan slot cakera Bluray.

Lebih baik lagi, sistem audio yang luar biasa. Pembesar suara di hadapan laptop dibantu bersama subwoofer di bahagian bawah kelihatan baik.

Kedua-dua bunyi dan sistem penyejukan tidak syak lagi menambah ketebalan keseluruhan laptop tetapi masing-masing beroperasi dengan baik.

Satu lagi faktor yang menyumbang kepada nilai estetika laptop ini ialah bateri lapan sel ion litium 6000mAh.

Bateri yang berkapasiti besar adalah nilai tambah untuk bermain game bagi tempoh lama dan ia sesuai untuk versi Predator ini.

Saiznya juga membolehkan banyak ruang untuk papan kekunci saiz penuh dan trackpad yang besar.

Predator 15 merangkumi unsur pencahayaan di beberapa sudut laptop terbabit termasuk papan kekuncinya yang sesuai untuk kaki game.

Kekunci anak panah dan WASD yang berwarna merah menjadikan mereka mudah untuk memilih daripada yang lain berwarna hitam.

Deretan enam butang makro di sebelah kiri atas, di atas kekunci fungsi dan boleh diprogramkan menggunakan perisian Predator Sense yang disertakan dengan laptop sehingga lima makro boleh diberikan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Februari 2016 @ 5:11 AM