Erra tidak terkejar kejar dan tidak berasa terlalu memerlukan. FOTO NSTP
Erra tidak terkejar kejar dan tidak berasa terlalu memerlukan. FOTO NSTP
Syanty Octavia Amry


Kuala Lumpur: Hampir setahun lebih tidak bertemu, penyanyi dan pelakon, Erra Fazira hairan bagaimana cerita dia dan juara Akademi Fantasia musim kelapan Ahmad Shahir Zawawi, 27, sedang membuat persiapan perkahwinan ditimbulkan.

Erra, 42, ketika ditemui berkata, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan termasuk di pihak Shahir.

"Kami sudah lama tidak bertemu dan hanya berhubung melalui telefon dan aplikasi WhatsApp. Jadi, saya hairan bagaimana berita mengenai kami sedang membuat persiapan perkahwinan dihebohkan," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara itu seperti didakwa sebuah portal hiburan, baru-baru ini.

Erra berkata, persiapan perkahwinan dan perjanjian seperti yang diperkatakan itu adalah tidak benar.

Dalam masa sama, Erra tidak menafikan dia sedang berkawan dengan Shahir dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

"Saya berkawan dengan Shahir sama seperti saya berkawan dengan orang lain. Dalam keadaan sekarang, saya tidak perlu terkejar-kejar dan tidak berasa terlalu memerlukan.

"Kalau ada jodoh itu adalah. Saya mohon kepada semua doakanlah yang terbaik untuk saya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Ogos 2016 @ 9:48 PM