Kaherah: Seramai 30 orang maut dalam kemalangan membabitkan tiga bas mini di wilayah Aswan, kata pegawai perubatan semalam.

Kemalangan sama turut menyebabkan 15 yang lain cedera.

Jurucakap hospital berkata, kejadian berlaku berhampiran Edfu, bandar yang terletak kira-kira 930 kilometer di selatan Kaherah.

"Kemalangan dipercayai berpunca daripada faktor kelajuan," katanya.

Kemalangan jalan raya memang sering berlaku di Mesir dan aspek penyelenggaraan jalan yang lemah serta peraturan jalan raya kurang dipatuhi menyumbang kepada masalah itu.

Ogos lalu sekurang-kurangnya 31 orang maut dan 41 cedera dalam kemalangan berhampiran Semennajung Sinai.
- AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Oktober 2014 @ 5:03 AM