FOTO fail menunjukkan keadaan di lokasi selepas kejadian. FOTO AFP
FOTO fail menunjukkan keadaan di lokasi selepas kejadian. FOTO AFP
Agensi

Kaherah: Seramai 23 individu maut selepas kereta api dinaiki mereka tergelincir di sebuah bandar di utara ibu kota Mesir di sini.

Agensi berita Xinhua memetik Ahram Online melaporkan, kemalangan itu berlaku ketika empat gerabak kereta api yang dalam perjalanan dari Kaherah ke Mansoura, tergelincir di bandar Toukh pada Ahad.

Susulan insiden itu, pendakwa raya tertinggi Mesir memerintahkan penahanan 23 individu termasuk pemandu kereta api, pembantu, pemerhati penyelenggaraan di lokasi nahas dan beberapa lain untuk siasatan lanjut.

Laporan sama memaklumkan, pada awal hari, Menteri Perhubungan Mesir, Kamel al-Wazir memecat ketua Pengerusi Perbadanan Kereta Api Nasional (NRA).

Kebanyakan kereta api di Mesir lazimnya berpunca akibat masalah infrastruktur, penyelenggaraan dan kecuaian manusia.

Pada 26 Mac, sekurang-kurangnya 20 individu maut, manakala hampir 200 cedera dalam nahas dua kereta api di selatan Mesir.

Kemalangan kereta api terburuk di Mesir berlaku pada tahun 2003 yang merekodkan lebih 300 kematian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 April 2021 @ 10:56 AM