KEMALANGAN berlaku di lebuh raya Assuit-Kharga yang mengorbankan 14 orang. FOTO AFP.
KEMALANGAN berlaku di lebuh raya Assuit-Kharga yang mengorbankan 14 orang. FOTO AFP.
Reuters

Kaherah: Empat belas orang terkorban, manakala 25 lagi cedera selepas sebuah bas bertembung dengan trak pengangkutan berat di lebuh raya padang pasir, barat daya Mesir pada Rabu, kata sumber perubatan dan keselamatan.

Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Assuit-Kharga, sekitar 400 kilometer (km) barat daya Kaherah, di wilayah New Valley yang berkongsi sempadan panjang dengan negara jiran Libya, kata sumber.

Sebanyak 17 ambulans dihantar ke tempat kejadian untuk membawa mangsa yang cedera ke hospital, agensi berita negeri MENA memetik kenyataan Gabenor New Valley, Mohamed el-Zamlout.

Bagaimanapun tiada laporan terperinci berhubung kemalangan itu.

Pemanduan melulu, peraturan lalu lintas yang longgar dan keadaan jalan raya yang teruk menyebabkan kemalangan jalan raya kerap berlaku di Mesir.

Pada 2021, nahas jalan raya di Mesir menyebabkan 7,101 orang maut, meningkat 15.2 peratus berbanding 2020, kata agensi perangkaan negara itu CAPMAS dalam laporan tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mei 2023 @ 8:39 AM