Robert Pattinson dan teman wanitanya, Tahliah Debret Barnett menikmati percutian romantik di Miami. Pasangan itu dilihat berjemur di tepi pantai.

Bintang filem Twilight dan teman wanitanya tidak mempedulikan orang sekeliling. Mereka berpelukan mesra seoalah-olah hanya mereka berada di pantai itu. Pattinson dan Tahliah langsung tidak menghiraukan orang ramai yang memerhatikan aksi mereka.

Saksi berkata, pasangan itu dilamun cinta dan tampak sangat bahagia.

Pattinson dan Tahliah ke Miami bagi menghadiri sebuah majlis yang berlangsung di Art Basel. Tahliah turut menjayakan persemabahan majlis National Young Arts Foundation pada Khamis lalu.

"Ketika Tahliah membuat persembahan, Pattinson menonton dari belakang pentas. Saya tidak pasti sama ada dia menari tetapi badannya bergerak mengikut irama.

"Pattinson kelihatan bangga dengan bakat kekasihnya dan hubungan mereka semakin serius sejak Oktober lalu," kata sumber.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Disember 2014 @ 5:01 AM