Sudirman Mohd Tahir


Selepas berjaya menempa nama sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Skrin 2013, Cristina Suzanne sekali lagi mencipta kejutan apabila dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-26 menerusi filem Kil.

Kedua-dua kemenangan itu meletakkan Cristina atau nama sebenarnya Cristina Suzanne Stockstill dalam kelas tersendiri.

Seakan-akan mahu mengembalikan penguasaannya dalam acara berprestij FFM, Cristina yang mesra disapa Cris sekali lagi tercalon pada FFM Ke-28 bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Jwanita.

Cristina, 31, berkata, pencalonan itu adalah di luar jangkaannya memandangkan filem itu sudah disimpan lama sebelum ditayangkan tahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Ogos 2016 @ 6:06 AM