UMIE Aida. FOTO Munira Abdul Ghani
UMIE Aida. FOTO Munira Abdul Ghani
Oleh Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Pelakon Datin Seri Umie Aida, 43, menyifatkan segelintir pelakon baru kini tidak menitik beratkan kualiti lakonan.

Menurutnya, ada dalam kalangan mereka cuma melantunkan skrip saja dan seolah-olah tidak mementingkan kualiti lakonan.

“Saya mengharapkan pelakon generasi kini mementingkan soal kualiti lakonan dan bukan sekadar mengejar populariti.

“Jika dulu, kami akan mengambil masa lama untuk sesi ‘script reading’ serta mendalami watak masing-masing. Apabila kualiti lakonan dititik beratkan, maka kita akan dingati sampai bila-bila dan dihargai sebaik-baiknya.

“Apabila sudah memasuki bidang ini adalah menjadi tanggungjawab setiap pelakon melakukan yang terbaik untuk pengarah dan penonton. Itulah yang saya amalkan dari dulu hingga sekarang,” katanya.

Selain itu, Umie turut kecewa dengan penghasilan drama hari ini yang disifatkan kurang berkualiti.

“Acuan jalan cerita lebih kurang sama saja dan yang berbeza adalah pelakon,” katanya yang bakal muncul dengan filem terbaru Jwanita.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2015 @ 6:48 PM