Oleh Ramlah Zainal


Dia agak unik dan berbeza daripada pelakon berwajah pan-Asia yang lain. Bukan saja tidak meminati barangan berjenama mewah, bintang filem KIL Cristina Suzanne Stockstill, 30, juga lebih suka menjalani kehidupan yang 'low profile' sejak berkecimpung dalam bidang lakonan hampir 10 tahun lalu.

Bagi model dan pelakon jelita berdarah kacukan Melayu-Jerman ini, bukan glamor dan populariti yang dikejar, sebaliknya dia lebih mementingkan kepuasan dalam lakonan.

Bukan sekadar cakap kosong, sebaliknya dia sudah pun membuktikan kehebatannya di layar perak dengan menggenggam trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem pada Anugerah Skrin 2013 dan Pelakon Harapan Wanita pada Festival Filem Malaysia Ke-26 menerusi filem KIL tahun lalu.

Namun, ada segelintir pihak yang mendakwa dirinya sudah mula 'demand' dan sukar didekati pihak media sejak namanya dikenali ramai.

Secara peribadi, Cristina yang lebih mesra disapa Kris mengakui dia lebih suka orang mengenalinya kerana bakat dan bukan publisiti yang meluas daripada media.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 January 2015 @ 5:01 AM