AZIZ menunjukkan pistol tiruan yang dirampas. FOTO Norizuan Shamsuddin
AZIZ menunjukkan pistol tiruan yang dirampas. FOTO Norizuan Shamsuddin
Norizuan Shamsuddin


Sungai Buloh: Polis berjaya menumpaskan empat lelaki Geng Tiger ketika sedang melakukan samun di sebuah kafe siber di Jalan Perusahaan 3, Bandar Baru Sungai Buloh, di sini, jam 1 petang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Dr Abdul Aziz Awang Darus berkata, pihaknya menerima aduan awam memaklumkan terdapat satu kejadian samun sedang berlaku di sebuah kafe siber.

Katanya, tindakan pantas polis ke tempat kejadian berjaya menahan empat suspek selepas berlaku pergelutan di dalam premis berkenaan.

"Suspek didapati suspek di dapati sudah mengambil wang RM100 di kaunter yang dijaga oleh seorang warga Bangladesh. Bagaimanapun, suspek tidak berpuas hati dengan hasil samun berkenaan dan meminta penjaga kaunter terbabit menghubungi majikannya untuk menghantar sejumlah wang.

"Tindakan terbabit di hidu oleh orang awam berada berdekatan dilokasi sebelum memaklumkan kepada polis.

"Empat suspek berusia 25 hingga 32 tahun itu berjaya ditahan dan polis turut merampas sepucuk pistol tiruan, walkie-talkie, telefon bimbit, peralatan pecah rumah bersama kereta Model Proton Pesona dinaiki suspek ketika kejadian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Sungai Buloh, di sini semalam.

Menurut Abdul Aziz, siasatan awal mendapati suspek terbabit enam dalam kes sama sebelum ini di sekitar daerah berkenaan.

Katanya, dua daripada suspek turut mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan samun dan bunuh

"Mereka kini direman selama enam hari sehingga 12 Ogos untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2016 @ 1:18 PM