ABDUL Aziz (tiga dari kiri) menunjukkan pistol tiruan yang dirampas.
ABDUL Aziz (tiga dari kiri) menunjukkan pistol tiruan yang dirampas.
Norizuan Shamsuddin


Sungai Buloh: Cacah tatu Harimau pada tubuh bagi menimbulkan rasa gerun sesiapa yang memandang. Itu tindakan ketua ‘Geng Tiger’ yang dikesan aktif melakukan jenayah samun menggunakan pistol tiruan.

Kegiatan jenayah kumpulan itu, bagaimanapun ditumpaskan polis ketika suspek bersama tiga konconya merompak kafe siber di Jalan Perusahaan 3, Bandar Baru Sungai Buloh, di sini, jam 1 petang, Khamis lalu.

Mereka ditahan dalam tempoh tidak sampai 30 minit selepas memasuki premis berkenaan untuk merompak.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Dr Abdul Aziz Awang Darus berkata, pihaknya menerima aduan awam memaklumkan satu kejadian samun berlaku di lokasi itu.

Menurutnya, siasatan mendapati dua suspek berada di luar premis bagi memantau situasi manakala dua rakannya berada di dalam kafe siber.

“Mereka cuba melawan ketika ditahan menyebabkan berlaku pergelutan. Bagaimanapun polis memberkas keempat-empat suspek.

“Polis turut merampas pistol tiruan model G23 Tactical, satu kelopak peluru berisi tiga bebola besi dan 13 bebola seramik yang diselitkan pada pinggang suspek berusia 32 tahun,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Ogos 2016 @ 12:24 PM