SULAIMAN Muhammad (dua kiri) memberi penerangan kepada wakil media mengenai model lama kota Madinah ketika zaman Rasulullah.
SULAIMAN Muhammad (dua kiri) memberi penerangan kepada wakil media mengenai model lama kota Madinah ketika zaman Rasulullah.
Safar Ahmad dari Arab Saudi


Madinah: Sejarah lengkap kronologi perkembangan syiar Islam, peristiwa hijrah Rasulullah sehingga kewafatannya boleh diketahui dengan mengunjungi Muzium Dar Al-Madinah, di sini.

Menariknya, ia diterangkan secara terperinci menggunakan model muka bumi tanah Arab dan miniatur termasuk laluan perjalanan yang berkaitan dengan peristiwa Islam serta beberapa struktur penting sejarah hidup Rasulullah SAW.

Kumpulan media Malaysia yang dibawa melawat muzium berkenaan diberi penerangan oleh Pengurus Muzium Sulaiman Muhammad Sulaiman Hafiz yang fasih berbahasa Melayu.

Lawatan bermula dengan model kota Makkah pada zaman awal sebelum kedatangan Islam, miniatur evolusi pembinaan Kaabah daripada zaman ia dibina Nabi Ibrahim sehingga kini.

Ia turut menyentuh peristiwa hijrah Rasulullah, laluan perjalanan baginda yang dipetakan berdasarkan sirah, pembangunan kota Madinah serta model peristiwa peperangan antara umat Islam dengan tentera kafir Quraisy.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2016 @ 7:46 AM