Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah melakukan tabik hormat  di Upacara Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Dataran Pahlawan, Putrajaya, Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. FOTO Fariz Iswadi Ismail

Siti A'isyah Sukaimi

Putrajaya: Lima Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diarak pada Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda berlangsung di Dataran Pahlawan Negara di sini, hari ini.

Panji berkenaan membabitkan Panji-Panji Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD); Rejimen Renjer DiRaja (RRD); Kor Armor DiRaja (KAD); Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan Panji-Panji Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

Ia adalah satu penghormatan dan lambang kemegahan, semangat dan ketaatsetiaan tidak berbelah bahagi oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhadap raja dan negara.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke Majlis Istiadat berkenaan yang berlangsung bermula jam 8.30 pagi.

Hadir sama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Istiadat perbarisan terdiri daripada 23 pegawai dan 490 anggota lain-lain pangkat diketuai Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja Leftenan Kolonel Mohd Radzi Othman dan disertai Tembakan Kehormat 21 Das disempurnakan 41 Bateri Istiadat, Rejimen Artileri Diraja diketuai Mejar Mohd Asri Che Wil.

Selain itu, perbarisan turut dimeriahkan dengan terbang lintas lima helikopter ATM membawa jalur gemilang, bendera ATM, Tentera Darat Malaysia (TDM), TLDM dan TUDM.

Penganjuran istiadat berkenaan adalah pertama kali diadakan di Putrajaya di lokasi baharu Dataran Pahlawan Negara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Julai 2016 @ 11:47 AM