CHACHA
CHACHA
Ardini Sophia Sina


Kebelakangan ini, jarang kita lihat lakonan Chacha Maembong di televisyen. Rupa-rupanya dalam diam gadis manis ini menjalani penggambaran filem Aku Bukan Terrorist di Kashmir, India pada Mei lalu.

Pengalaman bekerja di sana sungguh berharga buat Chacha apatah lagi berpeluang bekerja dengan pengarah India dan berganding dengan pelakon popular di sana.

Bukan saja ini filem sulung lakonannya malah banyak pengalaman baru yang dilalui kerana kali pertama menjejakkan kaki di negara itu dan berpeluang bermain salji.

Chacha ke Kashmir penghujung April dan menjalani penggambaran hingga Mei dalam keadaan sejuk dan salji tebal. Dia bawa watak Dayana dalam filem yang turut dibintangi bintang Bollywood.

“Sememangnya pembabitan ini sungguh bermakna buat saya kerana semuanya adalah kali pertama. Cerita ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia sebenarnya naskhah yang berat kerana ada suntikan elemen aksi.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Julai 2016 @ 6:03 AM