NUR Aqilah bersama pingat emas bagi acara memanah recurve wanita 70m. FOTO Osman Adnan
NUR Aqilah bersama pingat emas bagi acara memanah recurve wanita 70m. FOTO Osman Adnan
Saiful Affendy Sapran dan Ferzalfie Fauzi


Kota Samarahan: Atlet memanah Terengganu, Nur Aqilah Yusof memperbaharui rekod kebangsaan menerusi acara recurve 70 meter wanita dengan cacatan 331 mata sekali gus rekod baru untuk Sukan Malaysia (SUKMA) pada saingan yang berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), hari ini.

Rekod kebangsaan berkenaan sebelum ini dengan cacatan 328 mata dipegang bersama oleh Mon Redee Sutxi, Shamani Ganesan serta Nur Aliya Ghapar yang melakukannya buat kali terakhir di Kejohanan Remaja Kebangsaan 2014.

Sementara itu, tiga lagi rekod kejohanan berjaya diperbaharui.

Pemanah kebangsaan dari Kelantan Muhamad Ikram Joni memperbaharui rekod kejohanan menerusi acara recurve 90 meter lelaki dengan catatan 310 mata.

Wong Co Wan dari Sabah pula dalam acara compound 90 meter lelaki dengan catatan 330 mata.

Manakala Khoo Yee Ting dari Sarawak mendominasi acara compound 70 meter wanita dengan catatan baru 342 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Julai 2016 @ 5:38 PM