Khairul Hafiz dan Nur Aqilah dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati SUKMA 2016. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Khairul Hafiz dan Nur Aqilah dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati SUKMA 2016. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Saiful Affendy Sapran & Ferzalfie Fauzi

Kuching: Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak melabuhkan tirai secara rasmi malam tadi selepas dilangsungkan selama 10 hari bermula 22 Julai hingga hari ini di sekitar Kompleks Sukan Sarawak, Petra Jaya, Kota Samarahan, Sibu dan Miri.

Seperti dijangka, Raja Pecut negara, Khairul Hafiz Jantan yang berjaya memecahkan rekod 100 meter kebangsaan dengan catatan 10.18 saat serta meraih empat emas dinobatkan sebagai Olahragawan SUKMA 2016.

Atlet memanah Terengganu, Nur Aqilah Yusof pula dinobatkan sebagai Olahragawati apabila turut memecahkan rekod kebangsaan 70 meter recurve individu dengan memadam rekod lama 328 mata dilakukan Mon Redee Sutxi di Sukan SEA Vietnam 2003 dengan catatan baharu 331.

Upacara dan ucapan penutupan rasmi disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selain persembahan tradisional dan 'Kamek Anak Sarawak', tayangan video kecemerlangan serta aksi di SUKMA Sarawak turut dipaparkan kepada penonton yang hadir di Stadium Sarawak, Petra Jaya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Julai 2016 @ 10:05 PM