KHAIRY nafi dakwaan Pawi, KBS lulus peruntukan RM100,000.
KHAIRY nafi dakwaan Pawi, KBS lulus peruntukan RM100,000.
Aziman Rosdi


Putrajaya: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan kementeriannya sudah meluluskan peruntukan RM100,000 untuk Khairul Idham Pawi, sekali gus menafikan dakwaan tiada bantuan diberikan kepada pelumba muda Moto3 itu.

Beliau menjelaskan, surat kelulusan bantuan itu sudah dihantar kepada bapa pelumba berusia 17 tahun itu, Pawi Omar pada 24 Jun lalu, namun kerana masalah akaun bank serta beberapa dokumen kurang lengkap, wang berkenaan tidak dapat diserahkan.

“Saya ada salinan surat Jabatan Belia dan Sukan Negara bertarikh 24 Jun yang dihantar kepada Khairul iaitu kelulusan peruntukan RM100,000 yang saya janjikan.

“Tapi apabila surat ini dihantar, kita minta maklumat seperti akaun bank Khairul sendiri tapi mereka bagi akaun bank bapanya dan ada dokumen lain yang tidak lengkap.

“Kelulusan itu atas nama Khairul bukan nama bapanya, kerana itu kita tak boleh serahkan duit berkenaan. Ini RM100,000 yang pertama dan saya sudah arahkan KSU (Ketua Setiausaha KBS) untuk meluluskan RM100,000 lagi, jadi kesemua RM200,000.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Julai 2016 @ 7:35 AM