AMBER
AMBER
LAKARAN wanita paling sempurna yang dihasilkan kumpulan penyelidik itu.
LAKARAN wanita paling sempurna yang dihasilkan kumpulan penyelidik itu.
Agensi

Los Angeles: Pelakon, Amber Heard dikatakan wanita yang mempunyai wajah paling cantik di dunia, berdasarkan teknik pemetaan muka terbaru secara saintifik.

Amber, 30, berada di tangga teratas senarai bintang paling glamor yang termasuk Kim Kardashian, Jennifer Lawrence dan Selena Gomez, dalam kajian yang diketuai Dr Julian De Silva.

De Silva dan pasukannya menggunakan pemetaan komputer dan kajian yang digabungkan dengan Phi - nisbah kecantikan Greek kuno bagi menentukan apa yang membuat muka cantik.

Nisbah itu digunakan untuk mengukur 12 tanda utama bagi menentukan kecantikan seseorang, termasuk bibir, hidung, mata, kening, dagu, dahi dan bentuk muka.

Hasil kajian itu menunjukkan Amber mencatatkan 91.85 peratus.

Kardashian di tangga kedua dengan 91.39 peratus sementara model, Kate Moss, di belakang dengan 91.06 peratus.

Menerusi kajian itu juga pasukan berkenaan menghasilkan lakaran wajah wanita yang mereka anggap paling sempurna dengan menggabungkan kecantikan selebriti terbabit. -Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Julai 2016 @ 5:27 AM