DUA tingkat yang terbakar. FOTO ihsan pembaca
DUA tingkat yang terbakar. FOTO ihsan pembaca
Mohd Hasbi Sidek


Petaling Jaya: Dua tingkat bangunan dalam pembinaan di Jalan Taylor, Taman Bandar Sunway, di sini, terbakar petang tadi.

Kejadian 6.45 petang itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan.

"Sejurus tiba di lokasi pada 7.08 malam, pihak kami mendapati kebakaran berlaku di tingkat 20 dan 21.

"Sehingga 7.30 malam tadi operasi pemadaman masih dijalankan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Julai 2016 @ 8:29 PM