FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Mohd Hasbi Sidek


Serdang: Bingkai tingkap di tingkat sembilan di Pangsapuri Desa Saujana, Jalan SB Indah, 3/5A, Seri Kembangan, di sini, terjatuh dan menghempap dua kereta pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu menyebabkan dua kereta terbabit mengalami kerosakan kecil pada cermin dan bonet hadapan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang digegaskan ke lokasi sejurus mendapat panggilan.

"Pihak kami mendapat laporan bingkai tingkap di pangsapuri berkenaan runtuh.

"Setibanya di lokasi kami mendapati dua kereta mengalami kerosakan dan kejadian tidak membabitkan kecederaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Ogos 2016 @ 7:04 PM