PEMERIKSA Kereta Motor Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Badrul Hisham Hamzah (kanan) memeriksa memeriksa tahap ketebalan tayar bas sempena OPS Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2016 di Terminal Bas Bersepadu Selatan (TBS) hari ini. Turut kelihatan Pembantu Penguatkuasa JPJ, Afif Mokhtar. FOTO Bernama

Mohd Fadly Samsudin

Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang untuk terus mendakwa pemandu yang melakukan enam kesalahan jalan raya sepanjang pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri 2016 ke mahkamah.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ Datuk V Valluvan Veloo berkata, pihaknya merasakan tindakan kompaun yang sebelum ini tidak lagi efektif kerana masih tidak menyedarkan pengguna.

"Enam kesalahan itu termasuk melanggar lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, menggunakan lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit serta memotong dan tidak membenarkan memotong.

"Cadangan itu akan dibincangkan di peringkat tertinggi JPJ untuk kelulusan dalam masa terdekat,"katanya pada sidang media Ops Hari Raya Aidilfitri 2016 di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini.

Beliau berkata, enam kesalahan itu adalah antara penyebab utama berlakunya kemalangan di negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Jun 2016 @ 3:13 PM