PEKERJA Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Hasim Mahamud, 59, menunjukkan kesan umpil pada sangkar burung yang dilakukan oleh suspek untuk mencuri burung di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. FOTO Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
PEKERJA Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Hasim Mahamud, 59, menunjukkan kesan umpil pada sangkar burung yang dilakukan oleh suspek untuk mencuri burung di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. FOTO Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
Ahmad Rabiul Zulkifli


Kuala Terengganu: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) alami kerugian kira-kira RM25,000 apabila pelbagai jenis pokok hiasan dan burung peliharaannya dicuri sejak Januari lalu.

Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Mohamad Kamil Othman berkata, sebanyak sembilan kes kecurian dilaporkan berlaku membabitkan kecurian pokok hiasan berkualiti tinggidi sekitar Chendering membabitkan kerugian RM16,000.

"Kami berasa cukup terkilan dengan sikap masyarakat yang tidak beradab apabila mencuri harta benda MBKT itu,

pelbagai jenis pokok hiasan termasuk bonsai bernilai RM1,000 hilang.

"Lebih menyedihkan, tidak cukup dengan mencuri pokok, segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab juga tergamak mencuri 83 ekor burung yang ditempatkan dalam sangkar di tiga lokasi tumpuan orang awam iaitu Dataran Waterfont di Pulau Kambing, Dataran Batu Buruk dan Kawasan Padang Hiliran," katanya pada sidang media di Pejabat MBKT, hari ini.

Mohamad Kamil berkata, kehilangan burung itu menyebabkan pihaknya mengalami kerugian kira-kira RM6,000 selepas pelbagai jenis burung berharga termasuk punai, tekukur jawa dan ketitir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Jun 2016 @ 3:09 PM