SARANG burung walit yang dirampas. FOTO Ramli Ibrahim
SARANG burung walit yang dirampas. FOTO Ramli Ibrahim
Ramli Ibrahim


Gua Musang: Lima lelaki ditahan kerana mencuri empat kilogram sarang burung walit bernilai RM8,000 di bangunan di Rancangan Tanah Felda Chiku 3, di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, semua suspek berusia 25 hingga 35 tahun ditahan ketika sedang leka mencuri dalam satu bangunan itu.

"Kita menerima maklumat pengusaha burung walit mengenai kecurian sarang burung mereka sejak awal Julai lalu.

"Operasi dilakukan 27 Julai lalu dan mereka ditahan kira-kira 10 malam ketika sedang mencuri," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, di sini, hari ini.

Rajab Ahad berkata, semua ditahan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Katanya, nilai pasaran sarang burung itu yang tinggi menyebabkan kes kecurian di 'rumah' burung walit meningkat sejak sebulan yang lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Ogos 2016 @ 6:43 PM