ANTARA barangan yang dirampas polis daripada lelaki disyaki terbabit dalam kegiatan judi bola (kanan). FOTO ihsan polis
ANTARA barangan yang dirampas polis daripada lelaki disyaki terbabit dalam kegiatan judi bola (kanan). FOTO ihsan polis
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Lelaki ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan judi bola sepak dalam talian di restoran di Paya Terubong, Jumaat lalu.

Dalan operasi 10.30 malam itu, pegawai dan anggota daripada Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut menahan suspek berusia 49 tahun yang disyaki menjadi ejen disamping membuat kutipan terhadap sindiket pertaruhan judi bola dalam talian.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek dipercayai membuat kutipan antara RM5,000 hingga RM50,000 bagi setiap perlawanan dan setiap pertaruhan yang dibuat melalui laman web.

"Pihak polis turut merampas pelbagai jenis telefon bimbit serta wang tunai yang digunakan sebagai pertaruhan dan kesemua barangan dibawa ke IPDTL untuk pemeriksaan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Jun 2016 @ 10:11 AM