SUSPEK ditahan penduduk kampung di Kampung Bahagia.
SUSPEK ditahan penduduk kampung di Kampung Bahagia.
Mohd Fadly Samsudin

Bangi: Seorang perompak hanya mampu menjerit melolong dan memohon ampun daripada penduduk kampung yang membelasahnya sejurus ditangkap memecah masuk sebuah rumah di Kampung Bahagia, di sini.

Dalam kejadian jam 4 petang kelmarin, penjenayah berusia lingkungan 20 tahun bersama seorang lagi rakannya menyamar sebagai anggota polis ketika melakukan pemeriksaan di sebuah rumah.

Ketika kejadian, rumah berkenaan dihuni seorang lelaki berusia 20 tahun manakala ibu bapanya keluar berniaga.

Sumber berkata, penjenayah dikatakan meminta pemilik rumah membuka pintu kediaman, namun tidak dilayan.

“Berikutan itu, suspek menendang pintu sebelum menyerang mangsa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Jun 2016 @ 8:29 AM