FOTO Reuters
FOTO Reuters


NANI menjelaskan betapa skuad yang diketuai Cristiano Ronaldo mesti perbaiki segera kelemahan penyudah.

Ini berikutan kegagalan Portugal mengatasi lawan lebih kerdil apabila seri 1-1 dengan Iceland, awal pagi tadi.

Bintang Real Madrid, Ronaldo mempunyai sekurang-kurangnya 24 percubaan yang tepat ke gawang lawan tetapi gagal untuk muncul pemain pertama menjaringkan gol di empat kejuraan Eropah.

“Kita menguasai perlawanan. Kita lebih baik berbanding lawan tapi Iceland juga bermain dengan baik an banyak melakukan hantaran jauh

“Keadaan itu menyebabkan kami banyak menghadapi masalah. Tapi, itulah bola sepak,” kata `man-of-the-match’ Nani.

“Mungkin ini kerana perlawanan pertama. Ghairah sangat mungkin. Saya rasa kami akan lebih `relax’ selepas ini. Tapi, kami perlukan gol.

Ronaldo sebenarnya begitu kecewa dengan kekentalan pertahanan lawan dan ketangkasan penjaga gol Iceland, Hannes Halldorsson.

Sebagai pasukan pilihan Kumpulan F, Portugal boleh diandaikan tertekan apabila bakal bertemu Austria pada pertemuan kedua.

Australia mencatatkan kemenangan 2-0, pada pertemuan pembukaan menentang Hungary.

“Kami mempunyai peluang yang cukup banyak. Tapi, satu pun tidak menghasilkan gol,” kata Nani yang juga bekas pemain sayap Manchester United.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Jun 2016 @ 6:50 AM