Polis mengawasi penyokong England yang berkumpul di luar sebuah pub di kawasan pelabuhan Marseille. FOTO AFP
Polis mengawasi penyokong England yang berkumpul di luar sebuah pub di kawasan pelabuhan Marseille. FOTO AFP
AFP

Marseille: Seramai 250 penyokong England membaling polis dengan tin minuman di luar sebuah bar di selatan bandar Perancis, Marseille, awal pagi semalam menjelang perlawanan pembukaan Euro 2016, menurut sumber polis.

Seorang lelaki Inggeris berusia 24 tahun ditahan dan bermalam satu malam di dalam lokap selepas mencetuskan masalah di kawasan Vieux-Port berhampiran bandar Mediterranean itu.

Polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penyokong England.

Penyokong England turut bertempur dengan sekumpulan lelaki Perancis menyebabkan seorang penyokong Three Lions terpaksa menerima rawatan di hospital akibat kecederaan kecil.

Lelaki Perancis berusia 30 tahun terbabit turut ditahan kerana mencuri baju bola sepak England.

England akan berdepan Russia di Marseille pada perlawanan pertama mereka pada awal pagi Ahad.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Jun 2016 @ 5:09 PM