KANAK-kanak berpeluang berimaginasi.
KANAK-kanak berpeluang berimaginasi.
KANAK-kanak berpeluang berimaginasi.
KANAK-kanak berpeluang berimaginasi.
YOONG (kiri) dan Carol pada majlis pelancaran.
YOONG (kiri) dan Carol pada majlis pelancaran.
ET lengkap permainan Lego Nexo Knights
ET lengkap permainan Lego Nexo Knights
Faizatul Farlin Farush Khan


Dalam usaha membantu kanak-kanak lebih kreatif, berimaginasi tinggi dan meningkatkan kemahiran motor yang sihat, selain mengisi masa dengan aktiviti berfaedah, Lego Malaysia memperkenalkan Lego Nexo Knights, baru-baru ini.

Berlatarbelakangkan dunia futuristik, permainan terbaru itu dilancarkan pada majlis Lego Nexo Knights Academy, menjadikan Malaysia, negara pertama menganjurkan acara itu.

Pengurus Negara Lego Malaysia, Dick Yoong berkata, perubahan teknologi yang pesat mempengaruhi cara generasi muda mengisi masa lapang mereka dengan permainan pada hari ini.

Katanya, ini secara tidak langsung mendorong pihaknya menghasilkan permainan terbaru itu bagi membolehkan peminat Lego dari segenap lapisan masyarakat ‘bermain’ dalam dunia Knighton yang menakjubkan sebagai pahlawan gagah berani.

“Kami sentiasa meneroka cara dan inovasi baru yang menarik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan supaya ibu bapa juga dapat mencipta detik menyeronokkan bersama anak mereka.

“Kami yakin rangkaian produk pelbagai platform ini yang menggabungkan legenda moden dengan blok binaan klasik Lego dapat menjana imaginasi ibu bapa dan juga kanak-kanak.

“Ini seterusnya menggalakkan mereka untuk belajar bersama-sama dalam suasana yang menyeronokkan,” katanya.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu, Pengurus Kanan Jenama Serantau Lego, Kevin Hagino dan Pengurus Negara Toys R Us Malaysia Carol Chuo.

Permainan terbaru itu mengisahkan sebuah kerajaan bernama Kingdom of Knighton yang memiliki lima pahlawan muda yang perlu meningkatkan kekuatan mereka dengan perisai berkuasa untuk bertarung dengan badut jahat dikenali sebagai Jestro serta sekumpulan raksasa demi mengembalikan keamanan.

Siri permainan itu melepasi sempadan antara dunia realiti dan maya. Pemain boleh memilih pelbagai senjata futuristik dan mengaktifkan kekuatan Nexo untuk bertarung dengan Lava Monster dan menjadi pahlawan sebenar.

Pahlawan yang baru dilantik mampu ‘memuat turun’ sebanyak 170 kekuatan Nexo Knights yang diwakili perisian yang boleh didapati di seluruh dunia Knighton dalam bentuk fizikal mahupun digital. Ini termasuk set binaan, iklan, buku, komik dan juga siri kartun yang boleh dikumpul dengan menggunakan aplikasi Lego Nexo Knights: Merlok 2.0. Ia boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mei 2016 @ 12:10 PM