KEKAL dengan latar ceria sesuai dengan keseronokan bermain.
KEKAL dengan latar ceria sesuai dengan keseronokan bermain.
RUANG pameran yang turut memaparkan miniatur LEGO.
RUANG pameran yang turut memaparkan miniatur LEGO.
Nurul Husna Mahmud


MENGIMBAU memori kanak-kanak, alam bermain antara paling menyeronokkan. Bukan sahaja mengendalikan pelbagai jenis alat permainan, malah interaksi ketika bermain bersama keluarga mahupun rakan ternyata mampu mencipta kenangan manis.

Mengenai bermain itu sendiri hakikatnya mempunyai peranan kritikal dalam perkembangan kanak-kanak meliputi pelbagai fungsi baik fizikal, mental mahupun emosi.

Tidak hairanlah kajian syarikat permainan blok terkemuka dunia, LEGO menerusi tinjauan 2022 LEGO Play Study kepada 55,000 ibu bapa dan kanak-kanak lebih 30 negara mendapati dengan bermain pelbagai aspek perkembangan baik dipenuhi.

Antaranya ibu bapa berpendapat kreativiti (93 peratus), komunikasi (92 peratus), kemahiran menyelesaikan masalah (92 peratus ) dan keyakinan (91 peratus) meningkat ketika bermain.

Sementara itu, reaksi kanak-kanak dalam tinjauan sama mendapati bermain bersama keluarga membuatkan mereka lebih bahagia (97 peratus), bantu mereka lebih rasa tenang (95 peratus) dan kaedah terbaik untuk belajar (67 peratus).

Secara tidak langsung aktiviti bermain bukan inklusif untuk kanak-kanak, malah golongan dewasa turut mendapat kesan positif daripada aktiviti terbabit.

Malah secara peribadi kesempatan berada di taman permainan imaginasi (Imagination Play Ground) di Center Court Mid Valley Megamall apabila Lego Group meraikan ulang tahun ke-90 menerusi taman permainan itu baru-baru ini, ia berjaya mengembalikan keterujaan rasa bermain.

TERDAPAT juga penceritaan sejarah LEGO selama 90 tahun sebagai syarikat jenama pemainan blok tersohor.
TERDAPAT juga penceritaan sejarah LEGO selama 90 tahun sebagai syarikat jenama pemainan blok tersohor.

Ada lebih kira-kira lima seksyen di taman permainan terbabit untuk peminat LEGO kunjungi dan bermain. Mereka juga boleh menyusuri ruang yang mempamerkan pelbagai koleksi nostalgia sepanjang 90 tahun.

Bagi Pengarah Pemasaran Lego Asia Tenggara Rohan Mathur, jenama blok yang kini dikenali serata dunia dan memiliki kumpulan peminat besar diraikan dalam acara yang unik iaitu peluang bermain dalam taman permainan imaginasi.

"Seiring dengan peredaran waktu, generasi yang bermain LEGO juga terdiri pelbagai lapisan umur dan golongan dari datuk sehingga bapa kini anak-anak bermain lego.

ROHAN bersama wakil Mid Valley Megamall dengan replika kek yang menjadi gimik pelancaran ulang tahun ke 90 LEGO.
ROHAN bersama wakil Mid Valley Megamall dengan replika kek yang menjadi gimik pelancaran ulang tahun ke 90 LEGO.

"Cabaran untuk kekal relevan apabila terus kekal kreatif termasuk memiliki lebih 18,000 produk selain integrasi di layar menerusi THE LEGO MOVIE.

"Tidak hanya itu LEGO turut membantu kanak-kanak belajar robotik dan pengekodan menerusi program LEGO MINDSTORMS selain 180 permainan video untuk memberi pengalaman berbeza," katanya.

Permainan blok LEGO unik apabila ia kekal versatiliti apabila memiliki rekaan atau konsep berbeza untuk kumpulan umur berlainan.

TERDAPAT juga penceritaan sejarah LEGO selama 90 tahun sebagai syarikat jenama pemainan blok tersohor.
TERDAPAT juga penceritaan sejarah LEGO selama 90 tahun sebagai syarikat jenama pemainan blok tersohor.

"Kami mempunyai pelbagai produk untuk julat umur yang berlainan bagi memastikan terdapat set lego untuk semua orang.

"Malah percaya membina atau mencipta sesuatu adalah naluri semula jadi manusia dan ia tidak pernah berhenti.

"Permainan blok adalah contoh terbaik yang mana direka untuk merangsang kreativiti dan mendorong naluri membina dengan lebih baik. Contohnya seleksi Botani yang mana memiliki struktur lebih kompleks, tetapi mereplikasi bunga indah dalam bentuk blok," katanya.

Beliau sempat berkongsi momen indah mengenainya apabila kerap bermain permainan blok itu dengan anak-anaknya.

"Permainan LEGO secara fizikal sebenarnya lebih baik kerana ia dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.

ROHAN
ROHAN

"Saya sendiri kerap melakukan aktiviti bermain blok bersama anak. Saya teringat pernah membina set LEGO ikonik, LEGO Friends Friendship Bus bersama anak perempuan. Bagi mereka yang pernah mengikuti siri animasi itu, pastinya ia satu nostalgia.

"Terbaharu bersama anak-anak yang lain kami bina LEGO Ideas NASA Apollo Saturn V Rocket. Selain ia antara model mencabar dan unik, set permainan itu memiliki 1969 unit blok mewakili tahun mendarat di bulan yang menjadi topik perbualan bersama anak-anak," katanya berharap lebih ramai ibu bapa menyertai anak bermain.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Jun 2022 @ 7:00 AM