Mazlan (kanan) bersalaman dengan Muhammad Sabtu sambil diperhatikan Mortadza. FOTO Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
Mazlan (kanan) bersalaman dengan Muhammad Sabtu sambil diperhatikan Mortadza. FOTO Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Kuching: Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Risikan/Operasi Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor dilantik Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman, berkuat kuasa hari ini.

Muhammad Sabtu dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, hari ini.

Muhammad Sabtu bertugas di Sarawak selama dua tahun lapan bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mei 2016 @ 11:12 AM