Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad


Seremban: Datuk Jaafar Mohd Yusof secara rasminya mengambil alih tugas sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan yang baru menggantikan Datuk Osman Salleh yang dilantik sebagai Ketua Polis Perak.

Jaafar sebelum ini adalah Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/ Ketenteraman Awam (KDN/KA) Pasukan Gerakan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dan dinaikkan pangkat kepada Deputi Komisioner (DCP).

Osman pula memangku pangkat Senior Deputi Komisioner (SDCP).

Majlis serah terima tugas itu berlangsung di MES Pegawai Kanan Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, di sini, disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Seri Mortadza Nazarene mewakili Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Selama 40 tahun berkhidmat dalam PDRM, saya menjawat pelbagai jawatan dan bersyukur kepada Allah di atas kepercayaan diberikan pucuk pimpinan untuk memimpin kontinjen Negeri Sembilan.

"Maka dengan itu saya berikrar untuk berusaha sebaik mungkin melaksanakan tugas diamanahkan," katanya yang menyertai PDRM pada 16 November 1975.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 @ 12:20 PM