PASUKAN penyelamat mengangkat  mayat kelima dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa nahas helikopter di Lingga. FOTO Khairull Azry Bidin
PASUKAN penyelamat mengangkat mayat kelima dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa nahas helikopter di Lingga. FOTO Khairull Azry Bidin
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Sri Aman: Sehingga jam 7 petang tadi, lima mayat mangsa nahas helikopter ditemui di Sungai Batang Lupar.

Mayat terakhir ditemui terapung jam 6 petang tadi di tengah sungai berhampiran Tanjung Peleban, kira-kira 2.5 kilometer dari pusat operasi Jeti Pekan Lingga, di sini.

Semua mayat yang ditemui akan diperiksa oleh pasukan perubatan sebelum diterbangkan ke Hospital Umum Sarawak menggunakan helikopter.

Operasi pencarian baki seorang lagi mangsa masih diteruskan dan berharap ia ditemui secepat mungkin.

Sungai Batang Lupar kini kembali surut membolehkan potensi menemui satu lagi mayat semakin cerah operasi akan bersambung jam 8 malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2016 @ 7:42 PM