ANGGOTA Bomba dan Penyelamat menggangkat serpihan helikopter yang membawa rombongan kenamaan ketika dalam perjalanan pulang dari Betong ke Kuching di Jeti Lingga. FOTO Khairull Azry Bidin
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat menggangkat serpihan helikopter yang membawa rombongan kenamaan ketika dalam perjalanan pulang dari Betong ke Kuching di Jeti Lingga. FOTO Khairull Azry Bidin
Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Garret Dawum


Sri Aman: Polis tidak menolak kemungkinan mayat juruterbang masih berada di dalam helikopter.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata, ia mungkin kerana juruterbang adalah individu terakhir yang keluar jika berlaku sebarang kecemasan.

Katanya, setakat ini pencarian juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas terus giat dijalankan.

"Mengikut prosedur, juruterbang adalah individu terakhir keluar jika berlaku sebarang kecemasan dan mungkin juruterbang masih tersekat pada kerusi," katanya dalam sidang media di Pusat Operasi di Jeti Pekan Lingga, di sini, hari ini.

Menurutnya, bantuan sonar dan dron diharap membawa kepada penemuan baru dalam operasi SAR.

Sementara itu, Panglima Tiga Briged Brigidier Jeneral Datuk Md Yusof Aziz berkata, pihaknya sudah menghantar pasukan penyelam ke kawasan penemuan mayat dan serpihan.

"Kami akan buat pemetaan supaya operasi SAR akan lebih tertumpu di kawasan berkenaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mei 2016 @ 1:58 PM