PENYOKONG Barisan Nasional berkumpul di luar dewan ketika proses penamaan calon, semalam. FOTO Syarafiq Abd Samad
PENYOKONG Barisan Nasional berkumpul di luar dewan ketika proses penamaan calon, semalam. FOTO Syarafiq Abd Samad
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Pakan: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi menyifatkan kaedah calon langsung yang diperkenalkan dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) sebagai satu formula politik unik.

Menurutnya, formula yang diperkenalkan Tok Nan ini unik dan harus difahami rakyat Sarawak.

"Semua 13 calon langsung yang bertanding dalam PRN-11 mendapat sokongan dan restu daripada kerajaan BN.

"Formula unik ini tidak ada di mana-mana negara dan satu yang unggul dan luar biasa," katanya ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang George Chungut di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Pembangunan Sosial Negeri yang juga calon langsung BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 April 2016 @ 5:25 PM