PADANAN rim gergasi dengan warna semburan angin.
PADANAN rim gergasi dengan warna semburan angin.
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Kegilaan melakukan pengubahsuaian ekstrem pada motosikal kapcai yang digelar ‘Street Cub’ pada masa kini semakin berleluasa.

Kebiasaannya jentera Street Cub menggunakan motosikal Honda C70 berikutan sangat mudah didapati di seluruh pelosok kampung dan pekan di negara ini.

Berbeza pula bagi seorang pekerja kilang dari Kulim, Kedah, Zulkifli Abu Bakar, 42, atau lebih dikenali sebagai Pak Long, apabila memilih motosikal Demak berikutan mahu membuktikan jentera bukan jenama Jepun juga mampu diubah suai ke tahap ekstrem.

Jentera keluaran 2010 itu menjalani proses modifikasi enjin menggunakan rangkaian kuasa Honda EX5 Dream, selain dipadankan omboh Shark 53 milimeter (mm) dan karburator perlumbaan Uma bagi memberikan lebih kuasa.

Sistem ekzos menggunakan jenama OPBR yang kerap digunakan pemilik motosikal ubah suai berikutan bunyi terhasil lebih garang.

Selepas ubah suai enjin, Zulkifli memberikan lebih kelainan pada jenteranya.

Bagi memberi kelainan itu, motosikal diwarna menggunakan semburan angin serta menggunakan sepasang rim lebar supaya kelihatan lebih unik.

Fork hadapan dibesarkan bagi memberi laluan kepada rim sport bersaiz 17 inci yang dibina khas dengan padanan tayar Bridgestone Batlax.

Penyerap hentak asal hadapan ditambah supaya boleh menampung bebanan jentera, manakala belakang menggunakan produk Sumo Racing kerana dikatakan mampu menahan beban lebih 300 kilogram.

Kuasa hentian diperkuatkan dengan sistem brek cakera dari Yamaha 125Z di bahagian belakang dan hadapan.

Bagi menyerlahkan penampilannya, jentera itu diceriakan dengan pendikit minyak Uma Racing, dua meter, lampu hadapan berkembar binaan khas.

Kerangka belakang dipotong supaya motosikal tampak padat sebelum dimuatkan lampu daripada Kawasaki KLX 150.

SPESIFIKASI:

Jenama Demak

Ubah Suai Enjin

- Enjin Honda EX5 Dreams

- Karburator UMA Racing

- Omboh 53mm Shark

- Ekzos OPBR

Ubah Suai Luaran

- Penyerap Hentak Sumo Racing

- Brek Cakera Yamaha 125Z

- Lampu hadapan binaan khas

- Lampu belakang Kawasaki KLX 150

- Pendikit minyak UMA Racing

- Rim sport 17 inci yang dibina khas

- Tayar Brigestone Batlax

- Cat semburan angin

Pencapaian

- The Best Machine di Ipoh 2014

- The Best Street Cup di Kedah 2015

Kos Modifikasi

- RM7,000

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 April 2016 @ 5:00 AM